Program Temu Murni antara ibu bapa murid Tahun 6 dengan guru -guru Tahun 6 telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Majlis tersebut dihadiri oleh hampir semua penjaga dan ibu bapa murid Tahun 6 bertujuan berkongsi maklumat dan pandangan bagi memantapkan lagi pencapaian muriid-murid Tahun 6.
Guru Besar SKPCT YM Syed Ahmad Marzuki , telah megariskan beberapa langkah yang akan dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengekalkan rekod pencapai UPSR pada tahun 2011. Beliau amat berharap agar semua gerak kerja yang akan dilakukan akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kalangan ibu bapa.
Diakhir majlis murid-murid Tahun 6 telah membuat 'Aku janji' dihadapan ibu bapa masing-masing.
Jumaat, 3 Februari 2012
Khamis, 2 Februari 2012
Taklimat Pendaftaran UPSR
Taklimat ringkas mengenai pendaftaran UPSR kepada calon-calon UPSR yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 telah diberikan oleh Setiausaha Peperiksaan, Cg Zawawi Ali telah diadakan pada 1 Feb 2012.
Ahad, 29 Januari 2012
TAHNIAH ... PASUKAN HOKI P12
Sekalung tahniah kepada Pasukan Hoki Perempuan B12 SKPCT kerana menjadi Naib Johan Kejohanan Hoki Night Game.Kejohanan tersebut berlansung pada 27 Januari 2012 bertempat di Stadium Hoki Gong Badak, Kuala Terengganu. SKPCT telah menghantar dua pasukan permpuan iaitu B10 dan B12. Pasukan B10 adalah pasukan pelapis walaupun tidak berjaya namun kejohanan ini adalah pendedahan awal kepada pasukan tersebut.
Kejayaan ini sebagai pembuka tirai bagi tahun 2012, diharapkan ini adalah signal kejayaan yang lainnya sepanjang tahun 2012. Tahniah kepada Jurulatih Pasukan , Cg Mubin bersama pengurus pasukan Cg Naemi yang tidak jemu melatih mereka dan terus mencungkil bakat-bakat baru. Diharapkan guru-guru yang mengajar PJK dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan murid-murid dan mengenegahkan bakat-bakat mereka.
GAMBAR LAIN

Khamis, 17 November 2011
TAHNIAH
Seramai 50 orang murid telah berjaya dalam UPSR 2011. Tahniah buat semua, kepada yang berjaya bersyukurlah kepada Illahi kerana doa guru-guru, ibu bapa dan anda telah dimakbulkan. Kepada yang tidak usahlah bersedih kerana ada hikmah yang sesungguhnya manusia tidak ketahui. Jadilah kegagalan inisebangai tangga untuk lebih berjaya. Perjalanan kamu masih jauh kegagalan hari ini bukanlah kegagalan selamanya. Lihat dan hayatilah kisah-kisah orang yang berjaya. Tahniah buat semua...
GAMBAR LAIN
Rabu, 16 November 2011
Hari Anugerah Cemerlang 2011
Majlis Anugerah Cemerlang 2011 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Sabri b Alwi. Majlis diadakan di Dewan SKPCT dan berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Anugerah diberikan kepada murid-murid yang berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang ko-kurikulum. Murid-murid yang cemerlang dalam UPSR 2010 seramai 34 orang turut diraikan.
Afiq Naqiuddin b Ismail telah dianurahkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki . Ummi Syahirah bt Zainuddin dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Perempuan.Anugerah diberikan kepada mereka sebagai menghargai sumbangan mereka masing-masing sebagai Ketua Pengawas Sekolah.Manakala Wan Khadijah bt Wan Sukairi adalah Tokoh Nilam . Nik Nur Karimah br Nik Zameri sebagai Tokoh Kokurikulum, yang telah menunjukkan kecemerlangan dalan Sukan Taekwando.

Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.