Pesta Cekoh Doyan selepas Majlis Sembahyang Hajat dikalangan guru-guru. Cekoh sakan guru-guru SKPCT, terima kasih kepada yang memberikan sumbangan untuk menjayakan acara tersebut. Semoga musim durian tahun depan kita buat lagi dan lebih meriah lagi...Inilah istimewanya guru-guru SKPCT rasa kekitakan dan kekeluargaan yang terpupuk sekian lama telah menjayakan apa yang dirancang. Orang kata " KATA APA ,... JADI.."
Jumaat, 22 Julai 2011
Sembahyang Hajat
Majlis sembahyang hajat telah dilaksanakan pada 21 Julai 2011, dengan kehadiran ibu bapa dan murid murid tahun 6 serta warga SKPCT telah menjayakan program tahunan tersebut. Solat Hajat telah diimamkan oleh Ust Alnurulhuda ,kemudiannya bacaan surah Yassin dan tahlil ringkas oleh Ust Roslan. Semoga apa yang dihajati oleh semua akan dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.. Amin..
Selasa, 5 Julai 2011
Ujian Permata Pintar
Ujian Pemata Pintar UKM dan Permata Insan USIM dijalankan pada 5 Julai 2001- 6 Julai 2011. SKPCT telah dijadikan pusat bagi ujian tersebut.
Sabtu, 2 Julai 2011
Selasa, 28 Jun 2011
Bengkel Pemurniaan LMS
Satu bengkel untuk Course Creator bagi LMS dijalankan pada 27 Jun 2011 dikendalikan oleh Cg Fauzi bagi guru-guru yang dilantik sebagai course creator bagi mata semua pelajaran.
Rabu, 18 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.