Sabtu, 7 Ogos 2010

Takziah Untuk Keluarga Ustazah Masnuraida bt Nawi


SKPCT kehilangan seorang lagi guru pada hari ini iaitu Ustazah Masnuraida bt Nawi yang telah pulang kerahmatullah pada 7 Ogos 2010. Semoga allah mencucuri rahmat keats roh allahyarhamah dan menempatkan  beliau ditempat yangdirahmati. Sesungguhnya benar janji Allah itu bahawa setiap yang hidup akan merasai mati. Al Fatihah

Rabu, 7 Julai 2010

Pertandingan Memasak antara kelab dan persatuan SKPCT 2010

Semalam 6/7/10 berakhirlah pertandingan memasak antara kelab dan persatuan.
Semua guru dan murid Tahap 2 terlibat.
Tahniah kepada semua guru yang begitu dedikasi memasak nasi dan lauk untuk semua peserta. Juga yang dapat menahan lapar dan dahaga.....Guru-guru SKPCT semua boleh....

Isnin, 7 Jun 2010

Bantulah GAZA


Apakah kita masih berpeluk tubuh dan hanya berkata kejamnya ZIONIS. Tidak adakah setisis air mata yang mengalir apabila melihat anak-anak kecil dibunuh dengan kejam oleh ZIONIS. 

Kita menangis di sini.
namun, cukup kah hanya sekadar itu??
Cukupkah hanya sekadar meratapi nasib mereka di sana?
Ratapi lah nasibmu dahulu!
Mereka sedang berjihad di sana..mereka sedang mengejar syahid di sana.
namun..apa yang kau buat keseorangan di dalam bilik mu itu?
Main games?Tengok drama?Baca komik?
Astaghfirullah…
Bangunlah wahai manusia! Bangunlah wahai pemuda!
Semailah…Tanamlah…Siramilah benih Islam dalam dirimu itu.
Sedarilah yang kita ini umat akhir zaman!
Takkan baru keluar berita mengenai serangan ke Gaza baru kita mahu membuka mata?
Mereka mengejar syahid..
Kita mengejar duniawi??ohh..nauzubillahi min zalik…
Semoga Allah membantu mereka di sana dan
semoga Allah membantu kita membina Islam dalam diri kita juga insyaAllah.

Khamis, 20 Mei 2010

MAKAN MALAM

PERHARGAAN DARIPADA PIHAK PIBG SKPCT DENGAN MENGANJURKAN MAKAN MALAM SEBAGAI TANDA KASIH KEPADA SEMUA GURU. PIBG TURUT MENYUMBANGKAN HADIAH YANG LUMAYAN DALAM ACARA CABUTAN BERTUAH KEPADA SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH. TAHNIAH KEPADA CG KAMARIAH KERANA BERTUAH MENDAPAT GRAND PRIZE BERUPA SEBUAH TV.


Selamat Hari Guru

16 Mei adalah tarikh paling istimewa buat para guru seluruh negara. Hari yang diiktiraf sebagai hari bagi warga pendididik. Buat para guru semoga bakti  mulia dan iklas anda hanya Allah yang membalasnya. Buat rakan-rakan pendidik yang telah tiada hanya doa dan fatihah diiringkan. Fatihah juga buat guru-guru kita yang telah lama tiada tanpa mereka siapalah kita. Guru yang mula-mula mengajar kita adalah ibu dan ayah.
    BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
   BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.

Murid tak tau membaca , kita bersalah
murid tak berdisiplin, kita bersalah,
murid didenda, kita bersalah,
MURID BERJAYA?
HASIL USAHA SENDIRI...... KITA?...

Namun guru tetap guru.... apa sahaja tomahan kita tetap mengajar dan mendidik anak bangsa... itulah guru satu pekerjaan yang penuh KEBERKATAN.



PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.