Ahad, 11 April 2010

Kursus LMS

Learning Management Sytem ( Sistem Pengurusan Pembelajaran) satu lagi projek oleh MAMPU bagi sekolah-sekolah terpilih. Sejumlah 26 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu dipilih sebagai perintis. Kursus  bermula 10 -12 April bertempat di BTP Terengganu.
aduh pening kepala wei nak buat .. tapi best gak.. nak kena godek server. Lepas ni balik kena bagi kursus dijadual 4  Mei

Jumaat, 2 April 2010

PERLAWANAN HOKI PERSAHABATAN

SK TENGKU AMPUAN INTAN, KUALA BERANG  MENJADI PILIHAN BAGI HOKI PERSAHABATAN ANTARA SKPCT. SIR MUBIN DAN CG FADLI SELAKU JURULATIH PASUKAN TURUT MENGIRINGI PASUKAN  HOKI BERSAMA PENGURUS PASUKAN CG ZULKIFLI MALIKI , SIR FAUZI, CG HENDON, CG NAIMI, CG ZARAH. TERIMA KASIH SKTAI KERANA MENERIMA DAN MELAYAN SKPCT.


Selasa, 23 Mac 2010

Lawatan Intel

Satu lawatan daripada pihak Intel untuk memantau penggunan e-book dikalangan pelajar SKPCT.

Isnin, 18 Januari 2010

Bengkel Pembinaan Blog

Image

 




Bengkel Pembinaan Blog anjuran Perpustakaan Negeri Terengganu dengan kerjasama ExxonMobil diadakan selama 4 hari bermula 18 Januari hingga 21 Januari 2009 . Muhammad Salman dan Muhammad Lokman murid Tahun 5 Amanah terpilih untuk hadir ke bengkel tersebut. Tujuan bengkel adalah untuk mendedahkan pelajar membina blog sendiri dan dapat mengajar rakan-rakan yang lain.

Sabtu, 16 Januari 2010

Majlis Perjumpaan Ibu bapa dan Guru-guru Tahun 6






Majlis bertujuan bertemu mesra antara penjaga murid Tahun 6 dan guru-guru bagi memantapkan lagi pencapaian UPSR tahun 2010. Diharapkan dengan kerjasama antara dua pihak akan membuahkan hasil untuk melonjakkan nama sekolah.


Ahad, 10 Januari 2010

Kau Sahabat Kau Teman


Kau Sahabat Kau Teman
Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Bila terdengar lagu ini sayu teringat Allahyarham Cg Zulkifli Ngah. Hanya Allah sahaja membalas kebaikan yang telah dilakukan. Semoga Allah merahmati dan memasukkannya kedalam syurga. Amin..

Al-Fatihah


Pada tanggal 9/1/2010 jam 7.15pm...Cikgu Zulkifli b Ngah, guru yang kita sayangi telah kembali ke rahmatullah di HSNZ K Terengganu. Kita kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi, penyayang dan ceria. Semoga Allah memberkati rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Rabu, 18 November 2009

KEPUTUSAN UPSR

DEBARAN MURID-MURID TAHUN 6 AKAN BERAKHIR ESOK 19 NOV 2009 APABILA KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA HARI TERSEBUT. TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA... KEPADA YANG TIDAK BERNASIB BAIK USAHLAH BERASA KECEWA KERANA PERJALANAN ANDA MASIH LAGI JAUH TERUSKAN USAHA.


KEGAGALAN HARI INI JADIKAN PANDUAN UNTUK TERUS BERUSAHA INGATLAH ALLAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN ANDA PASTI ADA HIKMAH DISETIAP KEJADIAN.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.