Isnin, 23 Mac 2009

GOTONG ROYONG


PK Koko TN Hj Nordin melakukan tugas pertamanya di SKPCT


SEKOLAH BERINFORMASI MATLAMAT BARU SKPCT, SEHUBUNGAN DENGAN ITU SATU GOTONG ROYONG DIAKAN PADA 12 MAC 2009 BAGI MEMBINA DAN MEMASANG PAPAN KENYATAAN DISEKITAR SEKOLAH DIADAKAN. BEBERAPA ORANG GURU DAN PEKERJA SEKOLAH TERLIBAT DALAM AKTIVITI TERSEBUT.

Selasa, 3 Mac 2009

Selamat Bertukar MR TAN






Mr Tan Suey Seang...GPKKokurikulum telah bertukar ke SK Bukit Bayas pada hari Ahad yang lalu. Sebagaiamana yang kita tahu Mr.Tan adalah seorang guru yang tegas dan berdisiplin. Namun beliau juga seorang yang sangat perihatin tehadap murid-murid. Seorang guru yang ditakuti dan disayangi oleh semua murid. Pertukaran beliau bermakna tidak ada lagi adengan-adengan 'main to nusup' dengan murid-murid terutamanya murid-murid tahap satu. Farewell and Good luck, Mr Tan.
view pics at:

Ahad, 1 Mac 2009

KEM BESTRAI SOLAT SIRI 1 /2009





KEM BESTARI SOLAT DIADAKAN PADA HARI JUMAAT 27 FEBRUARI 2009 MELIBATKAN PELAJAR TAHAP 1 DAN TAHAP 2. KEM TERSEBUT ADALAH LANJUTAN DARI SIRI-SIRI YANG TERDAHULU BERTUJUAN MEMANTAPKAN SOAL-SOAL WUDUK, TAYAMUM, BACAAN DALAM SOLAT SERTA SOLAT.

GURU-GURU JQAF DAN GURU-GURU GPI TURUT SERTA MEMBANTU BAGI MELICINKAN PERJALANAN PROGRAM TERSEBUT.

MURID-MURID TAHAP 1 PERLU MEMANTAPKAN DIRI MEREKA MENGENAI BACAAN DALAM SOLAT DAN WUDUK, MANAKALA MURID TAHAP 2 MENGENAI TAYAMMUN , AZAN SERTA SOLAT.

Rabu, 25 Februari 2009

Majlis Meraikan Pertukaran Guru









Majlis Meraikan Pertukaran Guru diadakan di Restoren Deluxe Paradise pada 23 Feb 2009. Seramai tiga orang guru telah bertukar ke sekolah baru. Ustaz Razali telah bertukar ke Institiut Perguruan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Kuala Terengganu sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Cg Zaifah Khursiah ke Sek Keb Paloh dan Penolong Kanan Ko Kurikulum, CgTan Suey Saeng ke Sek Keb Bukit Bayas.

Semoga berjaya dan selamat bertugas ditempat baharu.

Lihat Gambar

Isnin, 2 Februari 2009

Kutipan Derma Gaza RM1 300






Derma Tabung Gaza telah dilancarkan pada 1 Feb 2009 telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1 300. Kutipan dikalangan murid-murid dan para guru akan diserahkan kepada Tabung Kemanusian Gaza dalam waktu terdekat. Terima kasih kepada yang menyumbang

Khamis, 22 Januari 2009

GONG XI FAT CHAI

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA DUA ORANG GURU SKPCT CG TAN SUEY SAENG DAN CG CHEAH KUI LEE. PERAYAAN YANG AKAN DISAMBUT PADA 26 - 27 JAN NANTI DIHARAPKAN AKAN MEMBAWA 'ONG' KEPADA MEREKA SEKELUARGA.

SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 25 JAN - 27 JAN .

Selasa, 20 Januari 2009

PUSAT MENGUNDI

SKPCT TELAH DIJADIKAN PUSAT MENGUNDI BAGI PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU (P036) BAGI KAWASAN DUN BANDAR DAN WAKAF MEMPELAM.

SUASANA PILIHANRAYA TENANG DAN LANCAR DENGAN KEHADIRAN PIHAK BERKUASA BAGI MENGAWAL PENYOKONG-PENYOKONG PARTI YANG BERTANDING.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.