Ahad, 21 September 2008

JOM BURU MALAM LAILATUL QADR

BERMULALAH SEKARANG MALAM SEPULUH TERAKHIR RAMADAN , MALAM YANG ALLAH JANJIKAN KEBAIKAN 1000 BULAN PADA SALAH SATU MALAM DIANTARANYA.

PENUHKAN MASA DENGAN BERZIKIR, BERTADARUS, DAN BERTAHAJUD SERTA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SANG PENCIPTA.

APA SALAHNYA SELEPAS MAKAN SAHUR , LUANGKAN MASA SEDIKIT BERMUNAJAT DAN MENGINTAI RAHMAT ALLAH. JANGAN TERLEPAS MALAM YANG ALLAH JANJIKAN ITU

ALANGKAH RUGINYA KITA JIKA TERLEPAS KERANA RAMADHAN TAHUN DEPAN BELUM PASTI KITA DAPAI TEMUI LAGI.

Khamis, 18 September 2008

Sambutan Nuzul Quran


Majlis Sambutan Nuzul Quran dan Tadarus diadakan pada hari ini. Murid Tahap 1 dan Tahap 2 dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Beberapa orang guru terlibat sebagai pembimbing dalam Majlis Tadarus Quran.


Majlis telah disempurnkan oleh Guru Besar Tn Hj Yusof Abd Karim.



Khamis, 11 September 2008

Yeah Dah Tamat UPSR

Peperiksaan UPSR dah tamat .. merdeka lah... tetapi jangan lupa terus berdoa agar Allah mengurniakan kejayaaan. Lebih berkat lagi sekarang ni dalam bulan Ramadan kuatkan azam tingkatkan doa insyaallah .. Allah akan perkenankan doa .

Mulalah Langkah dengan memburu malam Lailatul Qadar...

Isnin, 8 September 2008

UPSR BERMULA

Esok akan bermula Ujian UPSR bagi murid Tahun 6
" Ya Allah , Ya Rahim , Ya Rahman,Ya Ghafur ,Ya Karim, Ya Aziz Tuhan Seru sekelian Alam, Tuhan Yang Tidak Pernah Tidur Engkau Kurniakanlah kepada anak-anak kami ketenangan dalam menghadapai Peperiksaan agar mereka mencapai kejayaan Yang cemerlang.

Ya Allah sesungguhnya kami banyak melakukan dosa kepadaMu , namun Engkau sering mengampunkan kami dengan rahmatMu. Ya Allah kami malu kepadaMu ... Engkau ampunkan kami Ya Allah.. jika engkau tidak mengampunkan kami kepada siapa lagi harus kami meminta.

Ya Allah berilah kejayaan kepada anak-anak kami didunia dan akhirat jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan jadilah mereka pembela agamamu Ya Allah... amin

Isnin, 1 September 2008

SELAMAT BERPUASA

Ramadan datang lagi dengan membawa seribu rahmat. Tingkatkan amalan semoga bertemu Malam Lailatul Qadar. Beramal dengan jujur dan ikhlas mencari keredhaan Illahi. Sebaik-baik amalan ialah sedikit tetapi istiqamah.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Solat Hajat Perdana

"Ya Allah berilah kejayaan kepada anak-anak kami dalam menghadapi Peperiksaan UPSR nanti, tenangkanlah hati mereka. Amin.."

Gambar

Khamis, 28 Ogos 2008

Sambutan Bulan Kemerdekaan



MERDEKA.. MERDEKA....MERDEKA...
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN SKPCT TELAH MENYAMBUTNYA DENGAN ADAKAN ACARA NYANYIAN LAGU PATRIOTIK, MENDEKLAMASI SAJAK DAN MEWARNA .
TAHNIAH KEPADA PEMENANG

GAMBAR

Rabu, 27 Ogos 2008

Final Countdown...Seri Indah Resort, Batu Buruk.

Tension wehh.... Bermula semalam seramai 50 orang murid elit SKPCT telah bekampung di SIR, Batu Buruk. K.Terengganu selama 3 hari untuk membuat persiapan terakhir mereka bagi menghadapi UPSR yang tinggal tak beberapa hari lagi.

Kesian.... tension abisssss...... tapi takapa.... kolam yang indah dapat menenangkan fikiran..... berenanglah sepuas-puasnya.... BUT pastikan 5A dalam genggaman.


view gambar dalam kolam:
http://picasaweb.google.com/sek.pusat3/SeriIndahResort
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.