Rabu, 1 Julai 2015

LAWATAN KE PUSAT SAINS TERENGGANU

Seramai 67 orang murid-murid dari Tahun 4 Abu Bakar AsSidiq dan 4 Umar Al Khatab terpilih untuk melawat Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dibawah Program Kebitaraan Sains. Lawatan adalah bertujuan mendedahkan dan menarik minat mereka tentang Sains. Seramai 5 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan tersebut . Cg Zurainah Ngah selaku penyelaras lawatan,bersama AJK Kebitaraan Sains  yang lain antaranya Ustazah Zahabiah, Ustaz Khairul Hakimi, Cg Nizam Jaafar dan Cg Fauzi Eding.

Murid-murid dibawa ke Planetarium untuk melihat tayangan mengenai angkasa dan beberapa aktiviti mengenai sains turut diadakan oleh kakitangan PSKT.





































Selasa, 23 Jun 2015

Sumbangan Baju Raya

Seramai 13 orang anak-anak yatim telah diraikan oleh Persatuan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian Terengganu yang diwakili oleh Pn Hjh Ainun Jamilah apabila membawa anak-anak yatim tersebut untuk membeli baju raya di Mydin Mall Kuala Terengganu.






















PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.