Rabu, 8 Oktober 2014
KORBAN 2014
Buat julung kalinya aktiviti Korban dijalankan pada 8 Oktober 2014 dengan mengorbankan tiga ekor lembu yang disertai guru-guru SKPCT. Sembelihan dilakukan pada malam 7 Oktober 2014 oleh Ust Alnurul Huda. Guru-guru beserta pihak PIBG turut serta melapah pada malam tersebut. Keesokan harinya aktiviti memasak dijalankan sepenuhnya oleh PIBG.

Rabu, 1 Oktober 2014
PERASMIAN GALERI SEKOLAH
Pada hari ini Galeri SKCT telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sekolah Rendah (Ketua Unit) Zakaria Bin Muda dalam kunjungan beliau untuk melihat persediaan pihak sekolah menerima jemaah Nazir bagi tujuan Verifikasi Sekolah Kluster. Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Penyelia Kanan Peng. Projek Khas/Org Asli/Kluster Mat Lazim @ Mahasan Bin Noor, Penyelia Kanan Pengurusan Murid SR Wahab Bin Mohammad dan Mohd Johari Abu Bakar (Ketua Pemuda UMNO Negeri). Beliau dan rombongannya memuji dan berasa bangga dengan persediaan yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Ahad, 28 September 2014
Tahniah
Tahniah kepada dua orang pelajar pra sekolah kerana telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan reka cipta doh sempena Program Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Sekolah Sukan Bukit Nanas, Terengganu pada 24 September 2014.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.