Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT KEMBALI DAN SELAMAT DATANG KE SKPCT......

Sesi pesekolahan untuk Tahun 2014 bermula pada 1.1.2014.... inilah suasana hari pertama persekolahan




























Ahad, 29 Disember 2013

Pendaftran Sesi Persekolahan 2014

Pendaftaran Sesi Persekolahan bagi tahun 2014 diadakan pada 29 Disember 2013 di Dewan SKPCT. Pendaftaran secara berpusat memudahkan urusan ibu bapa bagi mendaftar anak-anak mereka tanpa perlu mereka kekelas anak-anak masing-masing. Segala kelengkapan alat tulis dijual di kedai sekolah.
Urusan pembelian baju untuk Pendidikan Jasmani dikendalikan oleh Cg Nizam



ibu bapa sibuk memilih saiz baju anak-anak mereka

pendaftaran dan pembayaran dilakukan setempat








sebahagian ibu bapa bagi murid Tahun 1


Penyelaras Tahun 1 Cg Norazuraidah


Ibu bapa menyemak nama anak-anak sebelum mendaftar mengikut kelas masing-masing

Guru Besar memberikan ucapan aluan kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1


Urusan pembelian buku tulis di kedai sekolah


Buku tulis yang telah siap dibungkus mengikut tahun memudahkan urusan pembelian

Khamis, 12 Disember 2013

Semakan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2014 - Online


Pengumuman Terkini KPM


Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 bermula pada 10 Disember 2013 (Selasa).

Semakan Keputusan SBP 2014 Tingkatan 1 Online


Untuk membuat semakan SBP 2014, sila layari: 

Selasa, 10 Disember 2013

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

Misi bantuan kepada mangsa banjir telah jaya dilaksanakan hasil sumbangan orang ramai yang berupa pakaian dan makanan. Misi telah diketuai oleh Cg Fauzi dan isteri  bersama Cg Sulaiman dan En Adnan, Cg Nizam, Ust Roslan dan Puan Zaharah. Bertolak ke Kememan pada 09 Disember 2013.


menyiapakan barangan sumbangan orang ramai

Siap sedia untuk bertolak
Sesampai di Taman Melur, salah satu kawasan yang dilanda banjir kami melihat keadaan amat menyedihkan dengan keadaan barangan yang musah dilonggokkan di luar. Kami menghulurkan bantuan untuk mencuci rumah-rumah tersebut malang bekalan air pula tiada. Bantuan keperluan bayi dihulurkan seadanya kepad mangsa yang memerlukan.


kelengkapan rumah yang rosak



air tidak ada.... 

Salah seorang mangsa menceritakan keadaan banjir



Rata-rata mangsa menceritakan bahawa mereka tidak menjagakan banjir akan berlaku sedemikian rupa. Apa yang menyedihkan dan menghairan mereka ialah kenapa  bantuan lambat tiba iaitu selepas 2-3 barulah datang bantuan padahal kedudukan perumahan tersebut tidak jauh dari bandar Chukai. Apa yang dikesalkan ada yang meminta bantuan tetapi tidak dilayan. Penempatan banjir tidak dapat dilakukan kerana alasan sudah penuh dan tidak berdaftar sebgai mangsa banjir. Apa yang dilakukan oleh mangsa ialah menumpang di rumah saudara-mara. sekali lagi kekecewaan menimpa apabila mereka tidak diberikan bantuan bekalan makanan atas alasan tidak menetap di pusat bantuan.  

Entah dimana silapnya banyak cerita yang tidak dapat dicatatkan disini . Sekiranya ingin mengetahui pahit getir mangsa tersebut bertanyalah kepada mereka. Apa yang pasti misi  kecil bantuan yang kami hulurkan hanyalah salam ukhuawah dan meringankan sedikit beban emosi para mangsa banjir.










pengagihan kepada penyelaras yang akan mengagikan kepada mangsa-mangsa


mengkelaskan barangan  untuk memudahkan pengagihan









PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.