Selasa, 9 April 2013

TETAP JUARA...

Tahniah buat pasukan hoki P12 SKPCT kerana menggungguli Kejohanan HOKI MSSDKTS yang berlansung pada 9 April 2013 di Padang Haki SMK Padang Midin. Pasukan Hoki L12 gagal menyerlah  namun tetap memberikan tentangan sengit. Tahniah buat Sir Mubin selaku coach bagi Pasukan P12 dan Cg Fadli bagi pasukan L12.



















Isnin, 18 Mac 2013

Tahniah .. SKPCT

           Tahniah buat SKPCT kerana menjadi Johan Perbarisan bagi sekolah rendah sempena Kejohanan Olahraga MSSDKTS telah berlangsung di SMK Sultan Sulaiman pada 18 Mac 2013. Sekalung tahniah kepada ahli rumah Merah yang mewakili sekolah dalam acara tersebut. Pada tahun 2012 SKPCT juga menjadi johan dalam pertandingan tersebut apabila diwakili oleh ahli rumah Hijau. Kekalkan kejuaraan pada tahun hadapan.

Beberapa atlit SKPCT juga bertanding dalam beberapa acara trek dan balapan namun tidak berjaya untuk memenangi pingat.



















Selasa, 12 Mac 2013

Uji Bakat DJ

Radio SKPCT dibawah kelolaan j-Qaf mengadakan Uji Bakat DJ dikalangan murid - murid bagi mencari calon DJ sekolah. Uji Bakat dijalankan dengan menguji cara penyampai murid dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sambutan dikalangan murid-murid sangat menggalakkan.














Jeruk Oh Jeruk

Murid-murid Tahun 6 melakukan ujikaji mengenai penjerukan makanan dengan membuat jeruk mempelam. Seronok nya mereka melakukan  ujikaji tersebut dibawah bimbingan Sir Fauzi selaku guru matapelajaran Sains bagi murid Tahun 6 Usman Affan. Lihatlah gelagat mereka....













PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.