Selasa, 12 Mac 2013

Jeruk Oh Jeruk

Murid-murid Tahun 6 melakukan ujikaji mengenai penjerukan makanan dengan membuat jeruk mempelam. Seronok nya mereka melakukan  ujikaji tersebut dibawah bimbingan Sir Fauzi selaku guru matapelajaran Sains bagi murid Tahun 6 Usman Affan. Lihatlah gelagat mereka....













Isnin, 11 Mac 2013

PEMANTAUAN DRMUDA

   Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu akan mengadakan Konvensyen Kelab Doktor Muda di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail, pada 16 Mac ini. 
   Menjelang Konvesyen tersebut pihak sekolah telah dikunjungi oleh beberapa orang pegawai daripada HSNZ bagi memantau persiapan sekolah untuk menyertai aktiviti tersebut. Bagi tujuan tersebut PK Hem YN Tg Badariah bersama Ustazah Zahabiah menerangkan persiapan dan perjalanan  aktiviti DR MUDA di SKPCT.










Khamis, 28 Februari 2013

Jamuan Pertukaran Guru

       Program pertama Kelab Guru 2013 ialah Jamuan Pertukaran Guru dan Kakitangan Sekolah yang diadakan pada 28 Feb 2013, di Primula Parkroyal Hotel, Kuala Terengganu. Cg Rubetha Harun, Cg Ismail Abd Rahman dan Encik Yaakob adalah tetamu yang diraikan pada hari tersebut. 
          Majlis berlansung dalam suasana santai dan mesra. Turut diraikan adalah seramai 15 orang guru yang menyambut hari lahirnya pada bulan Januari dan Februari. Hadiah bagi tujuan tersebut disumbangkan oleh Cg Khazatulshima, Cg Shaharudin dan Cg Fauzi. 











Link gambar: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.487986031236652.1073741825.185257824842809&type=3

Sabtu, 23 Februari 2013

Tahniah.... Juara lagi

    Taniah kepada pasukan Hoki P12 SKPCT kerana menjadi Johan peringkat Negeri dalam kejohanan Hoki City Night Game yang berlansung di Stadium Hoki , Gong Badak pada 23 Feb 2013. Pasukan hoki yang mendapat jolokan The Angels mengalahkan pasukan daripada SK Kg Tengah , Kemaman dengan jaringan 1-0. Namun pasukan Angels terpaksa membayar mahal atas kemenangan tersebut apabila penyerang utamanya Farhana cedera pada bahagian gigi terkena kayu hoki pihak lawan dalam minit-minit terakhir.

    SKPCT menghantar tiga pasukan dalam kejohanan tersebut. Namun dua lagi pasukan gagal melangkah ke pusingan  suku akhir, ini adalah pendedahan bagai Pasukan Tunas untuk mempelajari teknikal dan stategi permaianan.














Gambar lain 

Jumaat, 22 Februari 2013

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 diadakan pada 22 Feb 2013 bertempat di Dewan SKPCT.Perasmian dilakukan oleh Ybhg Tn Hj Shamsudin b Sulong, Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu. Beberapa keputusan diambil antaranya mengekalkan jawatankuasa yang sedia ada dengan beberapa tambahan. Mesyuarat berjalan dengan lancar dab suasana yang harmoni .
















Selasa, 19 Februari 2013

Program Awal Remaja

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan  Program Awal Remaja bagi murid-murid Tahun 6 pada 19 Feb 2013. Tujuan program adalah bagi pendedahan awak mengenai masalah yang berkaitan dengan seksualiti awal remaja. 









PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.