Kelab Guru bagi sessi 2013-2014 di bawah pengerusi baharu Cg Ab Mubin mengadakan mesyuarat kelab pada 14 Feb 2013 bagi membentang program-program yang telah dirancangkan sepanjang tahun. Beberapa pindaan pada perlembagaan kelab dilakukan bagi menambah baik perjalanan kelab. Antara penambahbaikan adalah mengenai sumbangan khairat kematian setiap ahli dan sumbang kepada keluarga ahli.
Semoga Kelab Guru akan memainkan peranannya bagi mengukuhkan ikatan antara ahli dan semoga semua ahli menyokong segala usaha kearah kebaikan dan menegur sekiranya ada kesilapan. Jika setiap ahli memainkan peranannya masing-masing TIADA YANG MUSTAHIL BAGI SEMUA UNTUK MELAKUKAN.....
Jumaat, 15 Februari 2013
Khamis, 7 Februari 2013
Temu Murni dan Aku Janji Murid Tahun 6
Program Temu Murni dan Aku Janji Murid Tahun 6 merupakan program pertama yang dijalankan bagi pelajar Tahun 6 pada tahun 2013. Diharapkan program ini dapat melonjakkan pencapaian UPSR pada tahun ini. Diharapkan ibu bapa dapat berkongi maklumat dan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mencapai tujuan tersebut.
| GB dan PK1 |
| Pendaftaran ibu bapa |
| Sebahagian darpada ibi bapa yang cakna |
| Tambah kapsyen |
| Bacaan ikrar |
| GB menandatangani Aku Janji |
| PK1 menandatangani Aku Janji |
| Aku Janji dihadapan ibu |
| Mak ... saya janji akan dapat 5A |
Teknik Menjawab Soalan
Pelajar Tahun didedahkan dengan teknik menjawab soalan bagi matapelajaran UPSR dengan berjalannya progran tesebut pada 4 Feb hingga 6 Februari. Bagi matapelajaran Bahasa Melayu program tersebut berjalan pada 31 Jan dengan Cg Nazli sebagai fasilitatornya. Bahasa Inggeris pada 4 Februari ,Cg Chaeh sebagai fasilitatornya. Manakala bagi matapelajaran Sains dan Matematik masing-masing diadakan pada 5 Feb dan 6 Feb, Cg Aspalela adalah fasilitator bagi mata pelajaran Sains manakala Cg Sulaiman sebagai fasilitator bagi matapelajaran matematik
Semoga apa yang telah diberikan oleh guru-guru akan digunakan sebaiknya oleh murid-murid bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah pada tahun 2013.
Semoga apa yang telah diberikan oleh guru-guru akan digunakan sebaiknya oleh murid-murid bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah pada tahun 2013.
| Cg Cheah sedang memberikan beberapa teknik menjawab Bahasa Inggeris |
| Khusyuk mendengar .... |
| Bersungguh Cg Sulaiman menyampaikan ilmunya |
Ahad, 3 Februari 2013
My Beautiful Malaysia..
Majlis Pelancaran My Beautiful Malaysia disempurnakan oleh Guru Besar SKPCT di Dataran Mujahadah pada 3 Februari 2013 serentak diseluruh negara. Program dimulai dengan Senamrobik yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih, kemudian bergotong royong sekitar sekolah dan diakhiri dengan penanaman pokok bunga kenanga oleh Guru Besar Tn Hj Nawawi dan PK KoKurikilum Cg Azman Sulong.
Khamis, 31 Januari 2013
Sambutan Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah diadakan pada 31 Januari 2013 dengan perarakan oleh murid-murid disekitar kampung berhampiran sekolah . Pertandingan Selawat antara kelas dipertandingakan. Bagi murid tahap dua ceramah maulidur rasul telah disampaikan oleh Ustaz Hakimi Ab Razak, manakala murid tahap satu diadakan pertandingan mewarna poster. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Nawawi bin Muda.
Selasa, 29 Januari 2013
Perjumpaan Kelab dan Persatuan Kali Pertama 2013
Perjumpaan Kali Pertama bagi Kelab dan Persatuan diadakan pada 29 Januari 2013. Perjumpaan bagi melantik jawatankuasa yang baharu bagi sessi 2013.
Ahad, 27 Januari 2013
Majlis Bantuan Awal Persekolahan
Majlis Bantuan Awal Persekolahan telah disempurnakan ADUN Bandar ,YB Dato' Toh Chin Yaw pada 27 Januari 2013. Bantuan awal berupa wang RM100 adalah bagi kegunaan persekolahan anak-anak.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
