![]() |
| Tahniah kerana mendapat kejayaan... 5A |
Isnin, 19 November 2012
UPSR 2012
Tahniah yang telah berjaya mendapat 5A dlam peperiksaan UPSR 2012 , walaupun jumlah murid yang mendapat 5A hanya seramai 22 orang dan 16 orang 4A1B namun ianya memadainya dan menepati jangkaan yang dibuat oleh pihak sekolah.
Ahad, 18 November 2012
Keputusan UPSR
Semakan keputusan UPSR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online.
Semoga semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang
Semak Keputusan UPSR Secara Online
Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
- Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
- Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
- Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Semak Keputusan UPSR Secara SMS
- Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Semoga semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang
Selasa, 6 November 2012
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012
Hari Anugerah Cemerlang 2012 adalah acara tahunan bagi menghargai kejayaan murid-murid dalam bidang akedemik mahupun ko-kurikulum. Tahniah kepad yang berjaya
Jumaat, 2 November 2012
Tahniah.. Angels ..
Sekalung Tahniah buat Pasukan Hoki Perempuan SKPCT kerana menjadi Naib Juara dalam Kejohanan Hoki 1M1S dalam kejohanan Hoki 1M1S MSST bagi tahun 2012. Tahniah juga kepada Pasukan Angels -yang mendapat tempat ke-3 bagi kategori P11. Manakala Pasukan P10 mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan Mini Hoki yang berlansung pada 1 November di Stadium Hoki Batu Buruk. Pasukan Hoki SKPCT dibawah bimbingan Sir Mubin telah menghantar empat pasukan ke pertandingan tersebut.. Sekalung tahniah kera mengharumkan nama sekolah.Terima kasih juga buat pemain-pemain elit yang turut membantu Sir Mubin melatih pasukan sekolah.
![]() |
| Aksi cemerlang |
![]() |
| Tetap bermain walaupun hujan |
Rabu, 31 Oktober 2012
Jamuan Tahuan 6
Jamuan Tahun 6 pada 31 Oktober 2012 sebagai acara tahunan bagi menghargai guru-guru dan murid-murid Tahun 6 khasnya berlansung dengan meriah. Semoga perit jerih mereka diraikan dan juga menghargai pengorbanan serta susah payah guru-guru yang mengajar mereka selama 6 tahun dialam persekolahan.
Selasa, 23 Oktober 2012
KEJOHANAN HOKI 1M1S MSSDKTS
Tahniah kepada pasukan Hoki SKPCT yang telah mengungguli Kejohanan Hoki 1M1S yang berlansung pada 22 Oktober 2012 di Stadium Hoki Gong Badak. Pasukan Angel menjadi JOHAN bagi manakala Pasukan TUNAS menjadi Naib Johan bagi kategori perempuan dalam kejohanan tersebut. Namun bagi pasukan lelaki yang dibimbing oleh Cg Fadli mereka tewas dalam pusingan awal. Tahniah buat Jurulatih, Sir Mubin yang tanpa jemu membimbing Pasukan Hoki sekolah bersama dengan Pengurus Pasukan Cg Naemi dan Cg Nora.
TOGETHER WITH CAPTAIN MUNCH.......
Pengeluar Biskut Munchy dalam sumbangan sosialnya kepada sekolah telah memberikan sumbang biskut Munchy kepada murid-murid. Kehadiran maskot Captain Munch yang merupakan satu produkbaru syarikat tersebut menarik minat murid-murid untuk turut serta dalam beberapa acara yang diadakan.. Terima kasih daun keladi kepada Munchy atas sumbangan yang diberikan..
Ahad, 21 Oktober 2012
BANJIR.........
Hujan lebat yang turun dari pagi telah menyebabkan banjir kilat ... Seronoknya murid-murid bermain air banjir. Lokasi blok Tahun 4 dan Tahun 3 dengan sistem peparitan yang mendukacitakan menyebabkan air tidak dapat mengalir kelongkang besar... Walaupun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku namun telah mengendalakan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid mengambil kesempatan berpesta air sewaktu pertukaran guru. Keadaan kelas yang basah dan pakaian yang kuyup dek kerana kerenah berpesta air menjadi penyebabnya. Bangunan blok Tahun 4 dan Tahun 3 adalah blok bangunan kayu yang dibina sekitar tahun 60-an perlu diperbaiki sistem peparitannya.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

























