Jumaat, 2 November 2012

Tahniah.. Angels ..

Sekalung Tahniah buat Pasukan Hoki Perempuan SKPCT  kerana menjadi Naib Juara dalam Kejohanan Hoki 1M1S dalam kejohanan Hoki 1M1S MSST bagi tahun 2012. Tahniah juga kepada Pasukan Angels -yang mendapat tempat ke-3 bagi kategori P11. Manakala Pasukan P10  mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan Mini Hoki yang berlansung pada 1 November di Stadium Hoki Batu Buruk. Pasukan Hoki SKPCT dibawah bimbingan Sir Mubin telah menghantar empat pasukan ke pertandingan tersebut.. Sekalung tahniah kera mengharumkan nama sekolah.Terima kasih juga buat pemain-pemain  elit yang turut membantu Sir Mubin melatih pasukan sekolah.




Aksi cemerlang 

Tetap bermain walaupun hujan



Rabu, 31 Oktober 2012

Jamuan Tahuan 6

Jamuan Tahun 6 pada 31 Oktober 2012 sebagai acara tahunan bagi menghargai guru-guru dan murid-murid Tahun 6 khasnya berlansung dengan meriah. Semoga perit jerih mereka diraikan dan juga  menghargai pengorbanan serta susah payah guru-guru yang mengajar  mereka selama 6 tahun dialam persekolahan.



Selasa, 23 Oktober 2012

KEJOHANAN HOKI 1M1S MSSDKTS

Tahniah kepada pasukan Hoki SKPCT yang telah mengungguli Kejohanan Hoki 1M1S yang berlansung pada 22 Oktober 2012 di Stadium Hoki Gong Badak. Pasukan Angel menjadi JOHAN  bagi  manakala Pasukan TUNAS menjadi Naib Johan bagi kategori perempuan dalam kejohanan tersebut. Namun bagi pasukan lelaki yang dibimbing oleh Cg Fadli mereka tewas dalam pusingan awal. Tahniah buat Jurulatih, Sir Mubin yang tanpa jemu membimbing Pasukan Hoki sekolah bersama dengan Pengurus Pasukan Cg Naemi dan Cg Nora.





TOGETHER WITH CAPTAIN MUNCH.......

Pengeluar Biskut Munchy dalam sumbangan sosialnya kepada sekolah telah memberikan sumbang biskut Munchy kepada murid-murid. Kehadiran maskot Captain Munch yang merupakan satu produkbaru syarikat tersebut menarik minat murid-murid untuk turut serta dalam beberapa acara yang diadakan.. Terima kasih daun keladi kepada Munchy atas sumbangan yang diberikan..








Ahad, 21 Oktober 2012

BANJIR.........

Hujan lebat yang turun dari pagi telah menyebabkan banjir kilat ... Seronoknya murid-murid bermain air banjir. Lokasi blok Tahun 4 dan Tahun 3 dengan sistem peparitan yang mendukacitakan menyebabkan air tidak dapat mengalir kelongkang besar... Walaupun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku namun telah mengendalakan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid mengambil kesempatan berpesta air sewaktu pertukaran guru. Keadaan kelas yang basah dan pakaian yang kuyup dek kerana kerenah berpesta air menjadi penyebabnya. Bangunan blok Tahun 4 dan Tahun 3 adalah blok bangunan kayu yang dibina sekitar tahun 60-an perlu diperbaiki sistem peparitannya.



Rabu, 17 Oktober 2012

Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan

SKPCT menjadi lokasi pertandingan Bola Sepak bagi Karnival Sekolah Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan Edisi ke-5  / 2012 yang berlansung pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober 2012.




Khamis, 11 Oktober 2012

TUNAS HARAPAN ISN

Ujian mencari Tunas Harapan dengan kerjasama Institiut Sukan Negara  bagi murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah dikendalikan oleh Panitia PJK pada 11 Oktober 2012. Tujuan program adalah mencari  bakal atlet dikalangan murid-murid .




Rabu, 10 Oktober 2012

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran  diadakan pada 10 Oktober 2012 di Dewan SKPCT , perasmian majlis oleh Ust Wan Hasbi b Wan Jusoh, Penolong Pengarah Operasi jQaf, Sektor Pendidikan Islam JPNT.










PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.