Khamis, 15 Mac 2012

FORUM PERDANA CAKNA KELUARGA

Forum Perdana Cakna Keluarga anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu diadakan pada 05 Mac 2012 di Dewan SKPCT. Forum  bertajuk Indahnya Hidup Bekeluarga dengan ahli panelnya Ybhg Datuk Bahiyah Mahamod dan Yb. Hj Ramli B Nuh selaku ADUN Tepoh, manakala Ybhg. Ustaz Wan Akashah  Wan Abd Hamid bertindak sebagai pengerusi forum.























Khamis, 8 Mac 2012

Facebook Guru Perpustakaan dan Media

Semoga dengan adanya Laman ini, dapatlah kita menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

url :  https://www.facebook.com/groups/253468368028415/339359252772659/?notif_t=group_activity

Selain itu, laman disertai oleh Pegawai-Pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia yang mana maklumat secara terus dan terkini dapat dikongsi.

Selasa, 6 Mac 2012

INFO TERKINI

Assalamualaikum...

makluman kepada semua guru skpct..... anda boleh mendownload senarai nama murid skpct 2012 pada link di bawah :

http://www.mediafire.com/?ws50x3r56pgmce3

sekian ..... terima kasih.....

Khamis, 1 Mac 2012

Pelancaran Guru Penyayang

Program Guru Penyayang peringkat sekolah telah dilancarkan oleh YM Raja Shaifulzaman bin Raja Omar, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan PPDKT, merangkap Pegawai Perhubungan SKPCT pada 1 Mac 2012 bertempat di Dataran Mujahadah SKPCT.












Isnin, 27 Februari 2012

PENGISIAN DATA HRMIS

Pengisisan Data HRMIS bagi guru-guru  yang belum mengemaskini maklumat dalam aplikasi tersebut dilakukan serentak pada 26 Feb 2012 dengan kerjasama pegawai daripada JPNT. Segala masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan aplikasi tersebut dapat diatasi.










Gotong Royong

Gotong royong membersih dan memperindahkan kawasan sekolah untuk pertama kalinya bagi tahun 2012 diadakan pada 25 Feb 2012. Walaupun terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat hadir atas beberapa sebab, kelancaran program tidak terganggu. Program yang telah dirangka sepatutnya dijalankan pada minggu sebelumnya, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak  seperti segelintir guru terlibat daenagn Kejohanan Hoki dan Bola Sepak MSST. 

Kerja-kerja mengecat  pembahagi jalan, menanam pokok bunga, memperelokkan Bilik Gerakan, mengecat Pondok Jawi dan membina penghadang jalam (bumper) dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan selepas ini program Gotong royong ini menjadi rutin bulanan demi menceriakan kembali SKPCT . Terbukti warga SKPCT dapat berkerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Warga SKPCT turut mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing. 


Sememangnya warga SKPCT menanti-nantikan program-program selanjutnya, dan boleh bekerja dalam keadaan santai dan menjalinkan hubungan yang lebih mesra untuk mencapai Visi Sekolah.










PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.