Kerja-kerja mengecat pembahagi jalan, menanam pokok bunga, memperelokkan Bilik Gerakan, mengecat Pondok Jawi dan membina penghadang jalam (bumper) dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan selepas ini program Gotong royong ini menjadi rutin bulanan demi menceriakan kembali SKPCT . Terbukti warga SKPCT dapat berkerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Warga SKPCT turut mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing.
Sememangnya warga SKPCT menanti-nantikan program-program selanjutnya, dan boleh bekerja dalam keadaan santai dan menjalinkan hubungan yang lebih mesra untuk mencapai Visi Sekolah.




