Jumaat, 14 Oktober 2011

MAJLIS KHATAM QURAN

MAJLIS KHATAM AL- QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2011
MURID-MURID TAHUN 6 j-QAF
TARIKH: 13 OKTOBER 2011
TEMPAT : DEWAN SKPCT
PERASMIAN OLEH : EN WAN HASBI B WAN JUSOH , PEN PENGARAH OPERESI j-QAF, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU.




Rabu, 5 Oktober 2011

Belangsungkawa : Ustaz Razalli dalam kenangan...


Salam…
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Semalam tanggal 4 Oktober 2011 pada jam 6.50 pagi seluruh warga sekolah menerima  berita yang menyedihkan  atas kembalinya seorang guru, dan sahabat menemui Yang Maha Esa. Berita pemergiannya diterima dengan rasa terkejut, hiba dan sugul. Terasa sunyi dan sepi buat seketika.
Walaupun Allahyarham bukan lagi menjadi warga SKPCT setelah bertukar ke IPGM Dato Razalli pada tahun 2009 namun rasa kemesraan tatap terjalin utuh. Bagi beliau SKPCT adalah rumah keduanya, semasa bertukar ke IPGM anak-anak beliau tidak percaya beliau akan ke sana kerana beliau terlalu sinonim dengan SKPCT. Saban hari tidak kira malam atau siang beliau akan berada di SKPCT untuk menemui sahabat-sahabatnya. Jika beliau bercuti tempat pertama yang ditujuinya adalah SKPCT , semata-mata untuk menemui sahabat dan rakan hanya sekadar sembang kosong atau tau berbelanja rakan-rakan. 
Sepanjang hayatnya beliau terlalu berdedikasi terhadap tugas, berilah apa sahaja tugas kepadanya dia akan berkerja keras menjayakannya. Sepanjang perhubungan sebagai seorang sahabat senyuman sentiasa berada dibibirnya. Kami sebagai sahabat akan membantu dengan penuh iklas hasil tarbiah yang diberikan oleh beliau.
 Semoga Allah menempatkan mu dalam salah satu syurgaNya, kau yang ku  anggap bukan seorang sahabat tetapi seorang abang walaupun sedih atas kehilanganmu  namun redha . Bahagialah kau disana. Segala nasihat dan ajaran yang kau berikan akan ku pergunaakan sebaik mungkin. 


"Ya, Allah engkau ampunilah hamba mu ini , engkau tempatlah dia dikalangan kekasih-Mu. Hambamu ini telah banyak menabur jasa  dan baktinya kepada agama mu . Hambamu ini telah mempergunakan harta-harta  yang diperolehinya kejalanMu. Hamba ini telah menggunakan usianya  untuk mengagungkan kekasihmu Rasullullah s.a.w dan berjuang untuk mendaulatkankan Islam didunia ini. Ya, Allah Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Limpahkan kasih sayangMu padanya , limpahkan juga kasih sayang Mu pada keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Ya Allah kami redha atas kehilangan orang yang kami kasihi, maka ampunilah kami jika kami berlebihan dalam kami meratapi pemergiannya,
Ya Allah ampunilah kami.... amin"






Sabtu, 1 Oktober 2011

PERKHEMAHAN UNIF BERUNIFORM

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
TARIKH :29 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2011
PENYERTAAN: SEMUA MURID TAHUN 6
TEMPAT ; PADANG SEKOLAH SKPCT

Khamis, 29 September 2011

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI

Semoga mendapat haji yang mabrur kepada Cg Kamariah, Cg Mazidah dan Ustzah Rosnazilah. Doakan kami semoga mendapat jemputan untuk kesana nanti.

KARNIVAL HOKI 1M1S

DAERAH KUALA TERENGGANU SELATAN
JUARA  : SK PUSAT CHABANG TIGA (A)
NAIB JUARA ; SK PUSAT CHABANG TIGA (B)
TEMPAT KETIGA: SK SULTAN SULAIMAN 2

Tahniah kepada Jurulatih Tn Hj Ab Mubin dan Pengurus Pasukan Cg Naemi atas kejayaan pasukan sekolah. Juara akan mewakili daerah Kuala Terengganu Selatan ke pertandingan peringkat negeri.








Selasa, 13 September 2011

DEBARAN BERMULA

13 SEPTEMBER 2011 BERMULALAH DEBARAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 KERANA HARI YANG DINANTIKAN SELAMA INI TELAH MENJELMA. ANDA MENGALAS HARAPAN IBU BAPA DAN GURU-GURU. ..UPSR... YANG SELAMA INI MENJADI  IGAUAN DAN HARAPAN TELAH DATANG. ANDA TELAH PUN DISIAPKAN DENGAN PELBAGAI BEKALAN INILAH MASA UNTUK MEMBUKTIKANNYA.

 RESTU IBU MENIRINGI ANAK-ANAK
 BACAAN YASIN MENGHARAPKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK


 DOA DIPANJAT KEPADA ILAHI MEMOHON KEJAYAAN

 YA ALLAH BERILAH KEJAYAAN KEPADA ANAK-ANAK KAMI DLAM UPSR

 AMIN...AMIN.. YA ALLAH PERKENANKANLAH DOA KAMI


 RESTU IBU 
 BERUSAHALAH  ANAK KU
 DEBARAN DAN AIR MATA SEORANG ANAK

DOA IBU BAPA DAN GURU-GURU MENGIRINGI KALIAN SEMUA


Isnin, 8 Ogos 2011

AMALAN PELAJAR CEMERLANG



1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.



7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.