Isnin, 7 Jun 2010

Bantulah GAZA


Apakah kita masih berpeluk tubuh dan hanya berkata kejamnya ZIONIS. Tidak adakah setisis air mata yang mengalir apabila melihat anak-anak kecil dibunuh dengan kejam oleh ZIONIS. 

Kita menangis di sini.
namun, cukup kah hanya sekadar itu??
Cukupkah hanya sekadar meratapi nasib mereka di sana?
Ratapi lah nasibmu dahulu!
Mereka sedang berjihad di sana..mereka sedang mengejar syahid di sana.
namun..apa yang kau buat keseorangan di dalam bilik mu itu?
Main games?Tengok drama?Baca komik?
Astaghfirullah…
Bangunlah wahai manusia! Bangunlah wahai pemuda!
Semailah…Tanamlah…Siramilah benih Islam dalam dirimu itu.
Sedarilah yang kita ini umat akhir zaman!
Takkan baru keluar berita mengenai serangan ke Gaza baru kita mahu membuka mata?
Mereka mengejar syahid..
Kita mengejar duniawi??ohh..nauzubillahi min zalik…
Semoga Allah membantu mereka di sana dan
semoga Allah membantu kita membina Islam dalam diri kita juga insyaAllah.

Khamis, 20 Mei 2010

MAKAN MALAM

PERHARGAAN DARIPADA PIHAK PIBG SKPCT DENGAN MENGANJURKAN MAKAN MALAM SEBAGAI TANDA KASIH KEPADA SEMUA GURU. PIBG TURUT MENYUMBANGKAN HADIAH YANG LUMAYAN DALAM ACARA CABUTAN BERTUAH KEPADA SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH. TAHNIAH KEPADA CG KAMARIAH KERANA BERTUAH MENDAPAT GRAND PRIZE BERUPA SEBUAH TV.


Selamat Hari Guru

16 Mei adalah tarikh paling istimewa buat para guru seluruh negara. Hari yang diiktiraf sebagai hari bagi warga pendididik. Buat para guru semoga bakti  mulia dan iklas anda hanya Allah yang membalasnya. Buat rakan-rakan pendidik yang telah tiada hanya doa dan fatihah diiringkan. Fatihah juga buat guru-guru kita yang telah lama tiada tanpa mereka siapalah kita. Guru yang mula-mula mengajar kita adalah ibu dan ayah.
    BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
   BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.

Murid tak tau membaca , kita bersalah
murid tak berdisiplin, kita bersalah,
murid didenda, kita bersalah,
MURID BERJAYA?
HASIL USAHA SENDIRI...... KITA?...

Namun guru tetap guru.... apa sahaja tomahan kita tetap mengajar dan mendidik anak bangsa... itulah guru satu pekerjaan yang penuh KEBERKATAN.



Ahad, 16 Mei 2010

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
 TARIKH ; 15 MEI 2010
AKTIVITI : MENANAM POKOK, BERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH, BERSIHKAN KELAS
KEHADIRAN: SEMUA GURU, PIBG, DAN MURID TAHUN 4, 5, 6
MASA : 8.00 PAGI - 10 30 PAGI.


Ahad, 25 April 2010

Sukan Tahun Kali Ke 23

Sukan Tahunan Kali ke 23 telahpun dengan jayanya dilansungkan pada 21 Feb 2010. Perasmian telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG , Tn Hj Zahari b Nik. Rumah Kuning diistiharkan sebagai Juara, manakala  rumah Hijau telah memenangi  Perbarisan Terbaik. Tahniah kepada semua yang terlibat.


PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.