Ahad, 4 Oktober 2009

Kebesaran Ilahi

GAMBAR 1 DIRAKAM PADA PUKUL 22:53:52

GAMBAR 2 DIRAKAM PADA PUKUL 22:54:22


GAMBAR 3 DIRAKAM PADA PUKUL 22:54:32


GAMBAR 4 DIRAKAM PADA PUKUL 22:57:38
KELIHATAN AWAN MEMBENTUK KALIMAH ALLAH
SUBHANALLAH.....

Sesungguhnya Allah Maha Kaya menjadikan sesuatu. Fenomena Halo pada bulan berlaku hanya di Kuala Terengganu dapat dilihat pada 30 September yang lalu. Lihat gambar yang kempat tembentuk kalimat ALLAH pada awan. Sesungguhnya hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Gambar tersebut saya rakam di SEK KEB PUSAT CHABANG TIGA pada pukul 10:57:38 malam berselang tiga minit daripada gambar pertama .

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Khamis, 1 Oktober 2009

Raya.... sakan











Sambutan Aidil Fitri sungguh meriah dengan beberapa acara menarik antaranya nyayian lagu-lagu raya daripada murid dan guru, pertunjukkan pakaian sedondon antara murid-murid dan guru-guru. Jamuan raya turut diadakan , tahun ini tidak banyak kuih muih yang dibawa oleh murid-murid seperti tahun-tahun yang lalu. Entahlah kenapa... mungkin dah habis ko..
any way sambutan meriahlah jugak.


LIHAT GAMBAR

Rabu, 9 September 2009

Kejayaan Dalam Gengaman, Hadiah buat ibu bapa dan para guru





Semoga berjaya dalam perjuagan UPSR doa daripada ibu bapa dan guru

Ahad, 9 Ogos 2009

Semoga Berjaya Dalam UPSR


Memohon restu daripada guru-guru

Perjuangan bermula sudah diiringi doa ibu dan ayah serta guru-guru semoga anak-anak sekalian tabah dan tidak gentar menghadapi ujian yang selama ini dinantikan. SEMOGA KALIAN DAPAT MENGENGGAM KEJAYAAN YANG DIIDAMKAN.

Selasa, 4 Ogos 2009

UPSR coming soon


DOAKANLAH KEJAYAAN KAMI DALAM UPSR..INSYAALLAH


Tahniah guru-guru SKPCT ... berjaya menyiapkan kain rentang untuk murid-murid tahun 6.

Tahun depan kita pakat buat hok panjang lagi..... beres.

Isnin, 20 Julai 2009

PERKUB SKPCT 2009 kali ke 19


Akhirnya perkhemahan unit beruniform sekolah berjaya juga diadakan . Tahniah kepada semua guru yang terlibat. Semua aktiviti berjalan lancar cuma dari aspek disiplin perkhemahan sangat lemah...ketiadaan urusetia untuk mengurus perjalanan perkhemahan memburukkan lagi keadaan. Kepada semua yang terlibat, diharap dapat menggambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku. Tabik kepada semua guru unit beruniform.

Khamis, 18 Jun 2009

Apa dah jadi!

Perkhemahan Mega SKPCT yang sepatutnya berlangsung pada 2-4 Julai ini telah ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Di mana silapnya, tiada seorang pun yang menyedari tarikh 6 Julai itu bermulanya Pra percubaan UPSR.
Apakah ini melambangkan satu pengurusan yang tidak cekap?
Apakah ini menunjukkan ada kepincangan dalam komunikasi?
Walau apa pun, kita harapkan apa-apa perancangan selepas ini mestilah diurus dengan cekap dan berhemah....
baik di peringkat pengurusan maupun di peringkat pelaksanaan.
SKPCT BOLEH!!!!!

Lagi guru kita bertukar sekolah


Kita kehilangan seorang lagi guru yang berkaliber dan dedikasi...Cg Abd Rahman guru yang kita sayangi telah bertukar ke SK Tapah, K Berang. Hulu Terengganu baru-baru ini. Beliau adalah diantara guru yang paling lama berkhidmat di SKPCT. Bertukar sebagai GPKHEM di sekalah baru adalah sesuatu yang amat membanggakan. Kita doakan, Cg Abd Rahman akan lebih berjaya dengan jawatan barunya dan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menggunakan akal budi ketika bertugas.

Jangan lupa kita di sini....Kalau ada kelapangan jengok-jengok le kami di sini.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.