Isnin, 20 Julai 2009

PERKUB SKPCT 2009 kali ke 19


Akhirnya perkhemahan unit beruniform sekolah berjaya juga diadakan . Tahniah kepada semua guru yang terlibat. Semua aktiviti berjalan lancar cuma dari aspek disiplin perkhemahan sangat lemah...ketiadaan urusetia untuk mengurus perjalanan perkhemahan memburukkan lagi keadaan. Kepada semua yang terlibat, diharap dapat menggambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku. Tabik kepada semua guru unit beruniform.

Khamis, 18 Jun 2009

Apa dah jadi!

Perkhemahan Mega SKPCT yang sepatutnya berlangsung pada 2-4 Julai ini telah ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Di mana silapnya, tiada seorang pun yang menyedari tarikh 6 Julai itu bermulanya Pra percubaan UPSR.
Apakah ini melambangkan satu pengurusan yang tidak cekap?
Apakah ini menunjukkan ada kepincangan dalam komunikasi?
Walau apa pun, kita harapkan apa-apa perancangan selepas ini mestilah diurus dengan cekap dan berhemah....
baik di peringkat pengurusan maupun di peringkat pelaksanaan.
SKPCT BOLEH!!!!!

Lagi guru kita bertukar sekolah


Kita kehilangan seorang lagi guru yang berkaliber dan dedikasi...Cg Abd Rahman guru yang kita sayangi telah bertukar ke SK Tapah, K Berang. Hulu Terengganu baru-baru ini. Beliau adalah diantara guru yang paling lama berkhidmat di SKPCT. Bertukar sebagai GPKHEM di sekalah baru adalah sesuatu yang amat membanggakan. Kita doakan, Cg Abd Rahman akan lebih berjaya dengan jawatan barunya dan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menggunakan akal budi ketika bertugas.

Jangan lupa kita di sini....Kalau ada kelapangan jengok-jengok le kami di sini.

Isnin, 18 Mei 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru untuk semua guru SKPCT dan guru-guru di seluruh Malaysia.
Jasamu tetap dikenang...Terima kasih Cikgu.

Picasa Web Albums - Hj Ab Mubim - hari guru skpct 09

SAMBUTAN HARI GURU

Perarakan para guru diringi oleh pengawas sekolah.

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TELAH DISAMBUT DENGAN MERIAH PADA 17 MEI 2009. SAMBUTAN DIMULAI DENGAN BACAAN YASIN DIKETUAI OLEH UST ROSLAN. GURU BESAR TN HJ YUSOF ABD KARIM TELAH MEMBERIKAN TAZKIRAH RINGKAS. BACAAN PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PELAJARAN OLEH CG FADHLI SERTA CG SULAIMAN MEMBACA PERUTUSAN DARIPADA MENTERI PELAJARAN.

KEMUDIANNYA DIADAKAN PERSEMBAHAN OLEH GURU- GURU DAN MURID-MURID. GURU BESAR MENUNJUKKAN BAKATNYA DENGAN MENYANYI SEBUAH LAGU DARIPADA KUMPULAN D'LLYOD 'SEMALAM DI MALAYA'.




Bakat Terpendam

Khamis, 14 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

HARI ISTIMEWA BUAT PARA GURU TELAH TIBA LAGI. 16 MEI ADALAH TARIKH SAMBUTANNYA.

BERBURU KE TANAH DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

Rabu, 6 Mei 2009

Untuk renungan semata

Hidup ini adalah satu proses penyelesaian masalah. Bagaimana proses kita mengatasi sesuatu masalah itu bergantung kepada keikhlasan hati...Kebijaksanaan mengurus...mengurus masa, mengurus sumber, mengurus tenaga dan mengurus nawaitu.
Sesaorang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang berjaya mengurus masalah yang dihadapi dengan tenang, sistematik, bijak dan ada 'sense of human' yang tinggi. Tidak mementingakan diri sendiri, tidak pula menyalahkan orang lain sekiranya gagal dalam proses penyelesaian sesuatu masalah dan sentiasa bersyukur. Itu lah manusia yang berjaya dalam hidup.

Khamis, 9 April 2009

BOLA!BOLA!BOLA!!!!

Semalam berakhir sudah pertandingan Bolasepak peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan. Sayang seribu kali sayang team kita SKPCT gagal menjuarai kejohanan tahun ini, walaupun telah bermain bersungguh-sungguh. Mungkin nasib tidak menyebelahi.....Anyway cuba dan cuba lagi tahun hadapan...jangan putus asa....Tahniah kepada semua penyokong-penyokong dan jurulatih.
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.