Selasa, 30 Disember 2008
MESYUARAT GURU 2009
GURU BESAR BERHARAP GURU -GURU DAPAT MENJALANKAN SESSI P&P PADA LOCENG PERTAMA HARI PERTAMA. SEKOLAH-SEKOLAH DISELURUH KUALA TERENGGANU AKAN DILAWATI OLEH PEGAWAI-PEGAWAI DARI KEMENTERIAN KESAN DARIPADA BAHANG PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU PADA 17 JANUARAI 2009.
GURU BESAR BERHARAP SEMUA GURU BERSEDIA MENERIMA KUNJANGAN YANG TIDAK DIJANGKAKAN ITU.
SKPCT TELAH KEHILANGAN TIGA ORANG GURU PADA TAHUN 2009. PN HJH AKMAL TELAH BERSARA PADA BULAN OKTOBER 2008. PN UMMI KALSOM TELAH BERTUKAR KE PERAK KERANA MENGIKUTI SUAMI MANAKALA PN ZAIFAH KHURSIAH TELAH BERTUKAR KE SK PALOH ATAS ARAHAN JABATAN.
SEMOGA PERJALANAN P&P 2009 AKAN BERTAMBAH MANTAP DAN LEBIG CEMERLANG.
TAKZIAH KEPADA PK 2
SEMOGA ALLAH MENEMPATKANNYA DIKALANGAN PARA SOLIHIN, DITERANGI DAN DILAPANGKAN KUBURNYA. AMIN.
Isnin, 29 Disember 2008
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.
Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.
Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.
Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.
Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.
Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.
Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.
SOURCE: http://www.iluvislam.com/
Khamis, 18 Disember 2008
TAKZIAH BUAT SIR MUBIN
MAAH DARIPADA BLOGMASTER KERANA TIDAK DAPAT HADIR KERANA MASIH BERADA DI KAMPUNG HALAMAN. HANYA DOA MENGIRINGI AYAHANDA.
YA ALLAH ENGKAU TEMPATKANLAH ROH AYAHANDA SAHABAT BAIKKU DITEMPAT SEMULIA-MULIANYA. JAUHILAHNYA DARIPADA AZAB DAN FITNAH KUBUR ENGKAU TERANGI DAN LAPANGKAN KUBURNYA... AMIN
Sabtu, 6 Disember 2008
MUSIM BANJIR
Jumaat, 14 November 2008
TAHNIAH
TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2008. SERAMAI 31 ORANG TELAH MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN TERSEBUT. 15 ORANG MENDAPAT 4A 1B. PERATUS LULUS KESELURUHAN 72.89 %. PERATUS PENCAPAIAN BAGI BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 95.18 %. BAHASA MELAYU PENULISAN 87.95%. BAHASA INGGERIS 78.92% MATEMATIK 83.73% SEMENTARA SAINS 88.55%.
KEPADA YANG BERJAYA TANNIAH DAN BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH. SEMOGA KEJAYAAAN AKAN SENTIASA MENGIRINGI DALAM KEHIDUPAN DIMASA DEPAN. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA MENCAPAI IMPIAN INGATLAH ALAH BELUM MENTAKDIRKAN KEJAYAAN DAN ADA HILMAH DISEBALIKNYA.
MUNGKIN ALLAH MENYIMPAN KEJAYAAN TERSEBUT DI HARI MENDATANG. APAPUN TERUSLAH BERDOA KEPADA YANG MAHA KUASA.
LANGKAH KALIAN MASIH JAUH , INI ADALAH LANGKAH PERTAMA ANDA DALAM ALAM PERSEKOLAHAN, MASIH ADA BEBERAPA ANAK TANGGA YANG MENUNGGU KALIAN. KEJARLAH CITA-CITA UNTUK BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT WALAUPUN KAMU SUDAH TUA.
TIADA ISTILAH TUA DALAM MENGEJAR CITA-CITA. APA YANG MENJADI PENHALANG ADALAH KEMALASAN. JADIKAN KEJAYAAN DAN KESUNGGUHAN GURU-GURU KAMU SEBAGAI PERANSANG.
Khamis, 13 November 2008
UPSR HARI INI
APA PUN KETENTUANNYA TERIMALAH DENGAN TABAH. ANDAINYA BERJAYA BERSYUKURLAH KEPADA YANG MAHA ESA DENGAN MELAKUKAN SUJUD SYUKUR. SEKIRANYA YANG DIIMPIKAN ITU SEBALIKNYA TERJADI ANGGAPLAH ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI . HANYA ILLAHI YANG MAHA MENGETAHUI.
Rabu, 12 November 2008
JAMUAN AKHIR TAHUN
CIKGU UMI @ COMBI@ CIKGU LIP-LAP@ ANAK MAMI
PUDING INI BUAT KECUR AYOR LIUR