Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan
Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2014 ini ia bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2014 ini ia bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
Sesungguhnya jasa bakti anda tetap dikenang dan dihargai! Terima Kasih Cikgu…
Sungguh cantik si bunga melati,
Tumbuhnya subur di tepi pulasan,
Guru mendidik seikhlas hati,
Bakti ditabur tak pinta balasan.
Guru…Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru…
Adakala …kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.tapi …
kita kan tetap tersenyum
… walaupun dalam pilu kita kan tetap melangkah
… biarpun hampir rebah kita kan tetap tekun,
ikhlas dan sabar …
meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.
Sacrifice is greater than lovecharacter is greater than beautyhumanity is greater than wealth
BUT nothing is greater than a teacher
Meski menangis dalam tawa
meski senyum dalam duka
meski pahit bagai gula
sabarlah redalah
kerana kita guru yang kental jiwa dan raga
mendidik anak bangsa dulu, kini dan selamanya.
Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat pen? Tanda guru bijak melakar kata
Dapat pemadam?Tanda guru sentiasa membetulkan yang salah
Guru bagaikan NTV7 kerana ‘ceria selalu’
Kekadang guru seakan TV3 kerana ‘menjadi inspirasi hidupku’
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana ‘dekat di hati’
dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ‘ macam-macam ada’
Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin ‘time’ susah,
Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan
…Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada…
Tapi…saya cakap CIKGU macam L’OREAL
kerana dirimu begitu berharga!
SELAMAT HARI GURU…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan