Isnin, 27 Oktober 2008

Resepi Masakan Senandung Kejayaan


Resepi Masakan Senandung Kejayaan


Bahan - bahan:


  • Buku secukup rasa (ikut selera)

  • Sebuah Ketekunan (diparut)

  • Segunung kerajinan

  • 4 hiris keinsafan (dimayang)

  • 5 keping kasih sayang

  • Beberapa potong nasihat

  • Beberapa pohon doa

  • Sedikit dendam dan cemburu (dilumat)

  • Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)

  • Segenggam harapan

  • 1/4 cawan air mata

  • Semangkuk azam

  • Sekuntum senyuman (untuk hiasan)


Cara Memasak:

Buku digaul dengan azam. Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama. Pijarkan air mata.


Tumiskan keinsafan sehingga menimbulkan kesedaran. Malas, dendam dan cemburu ditumbuk halus.Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna. Masukkan buku dan campurkan dengan usaha dan kemudian didihkan.


Apabila menggelegak masukkan doa dan tutuplah dengan keimanan.Apabila masak rasalah nikmatnya.


Hidangkan dengan penuh kebanggan. Taburkan di atasnya dengan kesyukuran dan sekuntum senyuman...
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.