Hujan lebat yang turun dari pagi telah menyebabkan banjir kilat ... Seronoknya murid-murid bermain air banjir. Lokasi blok Tahun 4 dan Tahun 3 dengan sistem peparitan yang mendukacitakan menyebabkan air tidak dapat mengalir kelongkang besar... Walaupun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku namun telah mengendalakan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid mengambil kesempatan berpesta air sewaktu pertukaran guru. Keadaan kelas yang basah dan pakaian yang kuyup dek kerana kerenah berpesta air menjadi penyebabnya. Bangunan blok Tahun 4 dan Tahun 3 adalah blok bangunan kayu yang dibina sekitar tahun 60-an perlu diperbaiki sistem peparitannya.