Walaupun sarang lebah telah dimusnahkan oleh pihak Jabatan Pertahan Awam pada semalamnya, lebah-lebah masih lagi mahu bersarang dikawasan sekolah. Lebah-lebah tersebut seolah -olah tidak mahu berpindah ketempat lain pada petangnya tempat baharunya adalah pada pokok cengal dalam kawasan sekolah. Pihak pentadbir mengambil langkah pencegahan dengan menghubugi pihak Bomba Terengganu.
Hari ini pihak bomba datang dan memusnahkan sarang lebah tersebut. Setelah memastikan tiada murid yang berada di kawasan sekolah mereka terus menjalankan tugas. Tindakan awal adalah menyembur sarang lebah dengan air, namun lebah-lebah tersebut masih tidak mahu berganjak. Pihak bomba sekali lagi terpaksa menyembur sarang lebah dengan semburan buih. Pihak bomba berjaya menghapuskan sarang lebah tersebut. Pihak bomba berjanji akan datang sekiranya masih lagi ada ganguan lebah-lebah tersebut.