Hidup ini adalah satu proses penyelesaian masalah. Bagaimana proses kita mengatasi sesuatu masalah itu bergantung kepada keikhlasan hati...Kebijaksanaan mengurus...mengurus masa, mengurus sumber, mengurus tenaga dan mengurus nawaitu.
Sesaorang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang berjaya mengurus masalah yang dihadapi dengan tenang, sistematik, bijak dan ada 'sense of human' yang tinggi. Tidak mementingakan diri sendiri, tidak pula menyalahkan orang lain sekiranya gagal dalam proses penyelesaian sesuatu masalah dan sentiasa bersyukur. Itu lah manusia yang berjaya dalam hidup.