Hebahan: Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014
Salam 1 Malaysia,
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Anugerah ini merupakan kali kedua diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (guru/pensyarah/pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, kepada semua guru atau pentadbir yang berminat untuk menyertai Pencalonan Anugerah Ikon Guru tersebut boleh merujuk kepada Lampiran untuk semua syarat-syarat serta borang penyertaan.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan