16 Mei adalah tarikh paling istimewa buat para guru seluruh negara. Hari yang diiktiraf sebagai hari bagi warga pendididik. Buat para guru semoga bakti mulia dan iklas anda hanya Allah yang membalasnya. Buat rakan-rakan pendidik yang telah tiada hanya doa dan fatihah diiringkan. Fatihah juga buat guru-guru kita yang telah lama tiada tanpa mereka siapalah kita. Guru yang mula-mula mengajar kita adalah ibu dan ayah.
BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.
Murid tak tau membaca , kita bersalah
murid tak berdisiplin, kita bersalah,
murid didenda, kita bersalah,
MURID BERJAYA?
HASIL USAHA SENDIRI...... KITA?...
Namun guru tetap guru.... apa sahaja tomahan kita tetap mengajar dan mendidik anak bangsa... itulah guru satu pekerjaan yang penuh KEBERKATAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan