PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PERKUB) untuk tahun 2010 telah diadakan di 18 RAMD kem Seri Pantai pada 7 Oktober hingga 9 Okt. Pelbagai aktiviti diadakan dan telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak tentera.
Ahad, 10 Oktober 2010
Rabu, 22 September 2010
Selasa, 31 Ogos 2010
Merdeka....Merdeka
Sambutan Merdeka peringkat sekolah berlansung dengan meriah dengan dihiasi Pertandingan Menghias Basikal, Nyanyian Lagu Patriotik, dan Mewarna.
Isnin, 30 Ogos 2010
Perutusan Pengarah Pelajaran
Pembacaan perutusan Pengarah Pelajaran Negeri untuk murid-murid tahun 6 yang akan memduduki peperiksaan UPSR, dengan penuh harapan agar semua murid akan mencapai kejayaan yang membanggakan demi mengekalkan kedudukan pencapaian UPSR .
Jumaat, 20 Ogos 2010
Kunjungan Pengarah
Warga SKPCT mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pelajaran Negeri atas kesudiannya untuk memberi peransang dan semangat buat putera-puteri SKPCT yang akan menduduki peperiksaan. Kunjungan tersebut adalah satu penghormatan buat pihak sekolah, kerana beliau meletakkan pengharapan yang tinggi kepada sekolah ini untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam UPSR yang akan menjelang.
Selasa, 17 Ogos 2010
Standard Guru Malaysia
Logo SGM |
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
Sabtu, 7 Ogos 2010
Takziah Untuk Keluarga Ustazah Masnuraida bt Nawi
SKPCT kehilangan seorang lagi guru pada hari ini iaitu Ustazah Masnuraida bt Nawi yang telah pulang kerahmatullah pada 7 Ogos 2010. Semoga allah mencucuri rahmat keats roh allahyarhamah dan menempatkan beliau ditempat yangdirahmati. Sesungguhnya benar janji Allah itu bahawa setiap yang hidup akan merasai mati. Al Fatihah
Rabu, 7 Julai 2010
Pertandingan Memasak antara kelab dan persatuan SKPCT 2010
Semalam 6/7/10 berakhirlah pertandingan memasak antara kelab dan persatuan.
Semua guru dan murid Tahap 2 terlibat.
Tahniah kepada semua guru yang begitu dedikasi memasak nasi dan lauk untuk semua peserta. Juga yang dapat menahan lapar dan dahaga.....Guru-guru SKPCT semua boleh....
Semua guru dan murid Tahap 2 terlibat.
Tahniah kepada semua guru yang begitu dedikasi memasak nasi dan lauk untuk semua peserta. Juga yang dapat menahan lapar dan dahaga.....Guru-guru SKPCT semua boleh....
Khamis, 17 Jun 2010
Isnin, 7 Jun 2010
Bantulah GAZA
Apakah kita masih berpeluk tubuh dan hanya berkata kejamnya ZIONIS. Tidak adakah setisis air mata yang mengalir apabila melihat anak-anak kecil dibunuh dengan kejam oleh ZIONIS.
Kita menangis di sini.
namun, cukup kah hanya sekadar itu??
Cukupkah hanya sekadar meratapi nasib mereka di sana?
Ratapi lah nasibmu dahulu!
Mereka sedang berjihad di sana..mereka sedang mengejar syahid di sana.
namun..apa yang kau buat keseorangan di dalam bilik mu itu?
Main games?Tengok drama?Baca komik?
namun, cukup kah hanya sekadar itu??
Cukupkah hanya sekadar meratapi nasib mereka di sana?
Ratapi lah nasibmu dahulu!
Mereka sedang berjihad di sana..mereka sedang mengejar syahid di sana.
namun..apa yang kau buat keseorangan di dalam bilik mu itu?
Main games?Tengok drama?Baca komik?
Astaghfirullah…
Bangunlah wahai manusia! Bangunlah wahai pemuda!
Semailah…Tanamlah…Siramilah benih Islam dalam dirimu itu.
Sedarilah yang kita ini umat akhir zaman!
Takkan baru keluar berita mengenai serangan ke Gaza baru kita mahu membuka mata?
Mereka mengejar syahid..
Kita mengejar duniawi??ohh..nauzubillahi min zalik…
Semailah…Tanamlah…Siramilah benih Islam dalam dirimu itu.
Sedarilah yang kita ini umat akhir zaman!
Takkan baru keluar berita mengenai serangan ke Gaza baru kita mahu membuka mata?
Mereka mengejar syahid..
Kita mengejar duniawi??ohh..nauzubillahi min zalik…
Semoga Allah membantu mereka di sana dan
semoga Allah membantu kita membina Islam dalam diri kita juga insyaAllah.
semoga Allah membantu kita membina Islam dalam diri kita juga insyaAllah.
Isnin, 24 Mei 2010
Ahad, 23 Mei 2010
Khamis, 20 Mei 2010
MAKAN MALAM
PERHARGAAN DARIPADA PIHAK PIBG SKPCT DENGAN MENGANJURKAN MAKAN MALAM SEBAGAI TANDA KASIH KEPADA SEMUA GURU. PIBG TURUT MENYUMBANGKAN HADIAH YANG LUMAYAN DALAM ACARA CABUTAN BERTUAH KEPADA SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH. TAHNIAH KEPADA CG KAMARIAH KERANA BERTUAH MENDAPAT GRAND PRIZE BERUPA SEBUAH TV.
Selamat Hari Guru
16 Mei adalah tarikh paling istimewa buat para guru seluruh negara. Hari yang diiktiraf sebagai hari bagi warga pendididik. Buat para guru semoga bakti mulia dan iklas anda hanya Allah yang membalasnya. Buat rakan-rakan pendidik yang telah tiada hanya doa dan fatihah diiringkan. Fatihah juga buat guru-guru kita yang telah lama tiada tanpa mereka siapalah kita. Guru yang mula-mula mengajar kita adalah ibu dan ayah.
BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.
Murid tak tau membaca , kita bersalah
murid tak berdisiplin, kita bersalah,
murid didenda, kita bersalah,
MURID BERJAYA?
HASIL USAHA SENDIRI...... KITA?...
Namun guru tetap guru.... apa sahaja tomahan kita tetap mengajar dan mendidik anak bangsa... itulah guru satu pekerjaan yang penuh KEBERKATAN.
BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.
Murid tak tau membaca , kita bersalah
murid tak berdisiplin, kita bersalah,
murid didenda, kita bersalah,
MURID BERJAYA?
HASIL USAHA SENDIRI...... KITA?...
Namun guru tetap guru.... apa sahaja tomahan kita tetap mengajar dan mendidik anak bangsa... itulah guru satu pekerjaan yang penuh KEBERKATAN.
Ahad, 16 Mei 2010
GOTONG ROYONG
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
TARIKH ; 15 MEI 2010
AKTIVITI : MENANAM POKOK, BERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH, BERSIHKAN KELAS
KEHADIRAN: SEMUA GURU, PIBG, DAN MURID TAHUN 4, 5, 6
MASA : 8.00 PAGI - 10 30 PAGI.
TARIKH ; 15 MEI 2010
AKTIVITI : MENANAM POKOK, BERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH, BERSIHKAN KELAS
KEHADIRAN: SEMUA GURU, PIBG, DAN MURID TAHUN 4, 5, 6
MASA : 8.00 PAGI - 10 30 PAGI.
Ahad, 25 April 2010
Sukan Tahun Kali Ke 23
Sukan Tahunan Kali ke 23 telahpun dengan jayanya dilansungkan pada 21 Feb 2010. Perasmian telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG , Tn Hj Zahari b Nik. Rumah Kuning diistiharkan sebagai Juara, manakala rumah Hijau telah memenangi Perbarisan Terbaik. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Sabtu, 24 April 2010
Mesyuarat Agung PIBG
Mesyuarat Agung PIBG untuk memilih Jawatankuasa bagi sessi 2011-2012 telah diadakan pada 23 April bagi memilih Pengerusi yang baharu.Perasmian dilakukan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Tn Hj Wan Nawawi b Hj Wan Ismail. Pengerusi yang lalu Cg Zahari Nik telah memberikan khidmat yang terbaik semasa menjadi pengerusi PIBG. En Fakrul Ariffin yang selama ini menjadi Naib Pengerusi telah dilantik menjadi Pengerusi. Ahli jawatankuasa yang lalu turut dikekalkan dan beberapa ahli yang baru juga dilantik.
Ahad, 11 April 2010
Kursus LMS
Learning Management Sytem ( Sistem Pengurusan Pembelajaran) satu lagi projek oleh MAMPU bagi sekolah-sekolah terpilih. Sejumlah 26 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu dipilih sebagai perintis. Kursus bermula 10 -12 April bertempat di BTP Terengganu.
aduh pening kepala wei nak buat .. tapi best gak.. nak kena godek server. Lepas ni balik kena bagi kursus dijadual 4 Mei
aduh pening kepala wei nak buat .. tapi best gak.. nak kena godek server. Lepas ni balik kena bagi kursus dijadual 4 Mei
Jumaat, 2 April 2010
PERLAWANAN HOKI PERSAHABATAN
SK TENGKU AMPUAN INTAN, KUALA BERANG MENJADI PILIHAN BAGI HOKI PERSAHABATAN ANTARA SKPCT. SIR MUBIN DAN CG FADLI SELAKU JURULATIH PASUKAN TURUT MENGIRINGI PASUKAN HOKI BERSAMA PENGURUS PASUKAN CG ZULKIFLI MALIKI , SIR FAUZI, CG HENDON, CG NAIMI, CG ZARAH. TERIMA KASIH SKTAI KERANA MENERIMA DAN MELAYAN SKPCT.
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.