Ahad, 4 Oktober 2009

Kebesaran Ilahi

GAMBAR 1 DIRAKAM PADA PUKUL 22:53:52

GAMBAR 2 DIRAKAM PADA PUKUL 22:54:22


GAMBAR 3 DIRAKAM PADA PUKUL 22:54:32


GAMBAR 4 DIRAKAM PADA PUKUL 22:57:38
KELIHATAN AWAN MEMBENTUK KALIMAH ALLAH
SUBHANALLAH.....

Sesungguhnya Allah Maha Kaya menjadikan sesuatu. Fenomena Halo pada bulan berlaku hanya di Kuala Terengganu dapat dilihat pada 30 September yang lalu. Lihat gambar yang kempat tembentuk kalimat ALLAH pada awan. Sesungguhnya hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Gambar tersebut saya rakam di SEK KEB PUSAT CHABANG TIGA pada pukul 10:57:38 malam berselang tiga minit daripada gambar pertama .

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.