Tanggal 8 Julai 08 warga sekolah menerima kunjungan daripada Pengarah JPNT, Tn Hj Ariffin bin Embong dengan rasa lapang hati dan bangga. Kunjungan ini adalah bertujuan bertukar fikiran bersama kakitangan sekolah. Terima kasih kepada belaiau kerana memberikan pandangan dan menyatakan visi jabatan. SKPCT merupakan slah satu sekolah 'Bench Mark' JPNT. Kunjungan kali ini adalah sebagai menunaikan janjinya untuk bertemu warga SKPCT yang telah beberapakali tertundan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Banyak pandangan dan nasihat diberikan kepada guru-guru bagi meningkatkan tahap pengajaran guru dan melonjakkan pencapaian sekolah. Sejuta penghargaan buat pengarah atas pandangan yang diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan