Seramai 13 orang anak-anak yatim telah diraikan oleh Persatuan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian Terengganu yang diwakili oleh Pn Hjh Ainun Jamilah apabila membawa anak-anak yatim tersebut untuk membeli baju raya di Mydin Mall Kuala Terengganu.
Selasa, 23 Jun 2015
Ahad, 21 Jun 2015
Pasukan Taekwando Menang Lagi.
Tahniah Pasukan Taekwando
SKPCT kerana telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat Ketiga Keseluran Peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan
Taekwando Jemputan Sekolah-sekolah Malaysia anjuran SK Sultan Sulaiman 1 ,Sekolah
Berprestasi Tinggi pada 14 Jun dan 15 Jun 2015. SKPCT telah memenangi 3 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa dalam kejohanan tersebut.
- Syazwan - Emas
- M Shuail Faris - Emas
- Suhaila - Emas
- Danish Danial - Perak
- Muhammad Adib Aminuddin - Perak dan Gangsa
Tahniah SKPCT
Tahniah kepada Basyiruddin bin Ghazali Kelas 6 Abu Bakar kerana menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Memanah MSST yang berlansung pada 21 Mei dan 22 Mei 2015 bertempat di Lapang Sasar Memanah UNISZA.
Pertandingan ini disertai sebanyak 6 daerah yang bertanding. Acara yang dipertandingan iaitu acara individu dan berpasukan. Basyiruddin bin Ghazali yang mewakili daerah bersama 3 orang murid iaitu Mohd Syukri bin Johari dari SK Paloh, Mohd Hazim dari SK Duyong dan Mohd Alif dari SK. Duyung mewakili acara berpasukan dan Olimpik Round bagi Daerah Kuala Terengganu. Dalam acara berkenaan Daerah K. Terengganu telah mendapat Naib Johan dalam kedua-dua kategori.
Tahniah kepada Pasukan Jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Johari bin Mamat, Cikgu Azuar bin Adnan dan Ustaz Roslan bin Abd. Ghani.
Pertandingan ini disertai sebanyak 6 daerah yang bertanding. Acara yang dipertandingan iaitu acara individu dan berpasukan. Basyiruddin bin Ghazali yang mewakili daerah bersama 3 orang murid iaitu Mohd Syukri bin Johari dari SK Paloh, Mohd Hazim dari SK Duyong dan Mohd Alif dari SK. Duyung mewakili acara berpasukan dan Olimpik Round bagi Daerah Kuala Terengganu. Dalam acara berkenaan Daerah K. Terengganu telah mendapat Naib Johan dalam kedua-dua kategori.
Tahniah kepada Pasukan Jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Johari bin Mamat, Cikgu Azuar bin Adnan dan Ustaz Roslan bin Abd. Ghani.
Rabu, 17 Jun 2015
1. Bulan Diturunkannya Al-Quran
Bulan Ramadhan merupakan bulan dimana kitab suci umat Islam (Al-Qur’an) pertama kali diturunkan. Sesuai dengan QS. Al-Baqarah 185 yang ertinya:
“Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).”
2. Amal Soleh Yang Berlipat Ganda
Sebagai umat Islam yang menjalankan amalan soleh dan kewajiban seorang muslim pada bulan ramadhan akan mendapatkan balasan berlipat ganda, sehingga 70 kali ganda sebagaimana terdapat dalam Hadis:
Khutbah Rasululah saw pada akhir bulan Sya`ban “Hai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah telah datang. Bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan. Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu,nilainya sama dengan tujuh puluh kali dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan (HR. Bukhori-Muslim).
3. Bulan Pernuh Keberkahan
Pada bulan puasa seorang muslim berkesempatan untuk kembali ke jalan yang baik dan mendapat keberkahan yang nilainya sama dengan seribu bulan. Maka bila seorang muslim pada bulan puasa saja tidak juga memanfaatkan kesempatannya, bulan lain kemungkinan akan lebih buruk lagi. seperti hadis dibawah ini:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkah. Allah mewajibkan kamu berpuasa, karena dibuka pintu- pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan- syaitan, serta akan dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak berhasil memperoleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu untuk selama-lamanya.” (HR Ahmad, An-Nasa’l, dan Baihaqi).
4. Ramadhan Bulan Pengampunan Dosa
Pada bulan Ramadhan juga seorang muslim berkesempatan untuk meraih pahala sebanyak-banyaknya, bahkan ibadah yang sempurna pada bulan puasa akan menjadikan seorang muslim suci kembali bagaikan bayi yang baru lahir. Sesuai Hadis :
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari)
“Solat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dan Ramadhan ke Ramadhan, merupakan penghapus dosa di antara mereka, jika dia menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)
“Solat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dan Ramadhan ke Ramadhan, merupakan penghapus dosa di antara mereka, jika dia menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)
5. Pintu Syurga Ditutup, Pintu Neraka Ditutup
Selebar-lebarnya pintu untuk kembali ke jalan yang lurus pada bulan Ramadhan dibuka bagi umat Islam. Sesuai Hadis dibawah ini:
“Jika datang Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.” (HR. Muslim)
6. Bulan yang Mendidik untuk Mencapai Ketaqwaan
Menahan haus, lapar dan amarah merupakan jalan menuju sifat-sifat sabar yang taqwa. Itulah mengapa berpuasa sebulan penuh pada Ramadhan dapat membimbing umat Islam mencapai ketawaan. Sesuai surat dalam Al-Quran yang ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (QS. Al Baqarah 183)
7. Terdapat Malam Lailatul Qadar
Malam 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan merupakan waktu-waktu yang diantaranya terdapat malam Lailatul Qadar, dimana malam tersebut baik diisi doa-doa yang baik dan mukjizat dapat turun pada umat Islam pada malam Lailatul Qadar tersebut.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al Qadr 1-3)
Selasa, 16 Jun 2015
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.