Belum tamat lagi rupanya kisah lebah, walaupun sarangnya telah dimusnahkan pada petang kelmarin namum tetap lagi belum mahu mengalah... sungguh hebat semangat lebah ini. Tinjau pada malam harinya mendapati masih lagi ada saki baki serang lebah . Akhirnya terpaksalah mereka mengalah juga telah sarang mereka dimusnahkan dengan cara membakar oleh pihak bomba ...Kini tiada lagi ancaman oleh lebah..
Selasa, 19 Ogos 2014
Isnin, 18 Ogos 2014
Lebah oh lebah lagi....
Walaupun sarang lebah telah dimusnahkan oleh pihak Jabatan Pertahan Awam pada semalamnya, lebah-lebah masih lagi mahu bersarang dikawasan sekolah. Lebah-lebah tersebut seolah -olah tidak mahu berpindah ketempat lain pada petangnya tempat baharunya adalah pada pokok cengal dalam kawasan sekolah. Pihak pentadbir mengambil langkah pencegahan dengan menghubugi pihak Bomba Terengganu.
Hari ini pihak bomba datang dan memusnahkan sarang lebah tersebut. Setelah memastikan tiada murid yang berada di kawasan sekolah mereka terus menjalankan tugas. Tindakan awal adalah menyembur sarang lebah dengan air, namun lebah-lebah tersebut masih tidak mahu berganjak. Pihak bomba sekali lagi terpaksa menyembur sarang lebah dengan semburan buih. Pihak bomba berjaya menghapuskan sarang lebah tersebut. Pihak bomba berjanji akan datang sekiranya masih lagi ada ganguan lebah-lebah tersebut.

Ahad, 17 Ogos 2014
LEBAH LAGI...
Terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Terengganu kerana membantu memusnah sarang lebah dikawasan sekolah.
Khamis, 14 Ogos 2014
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.