Khamis, 23 Januari 2014

ETIKA PENTING DALAM BERDOA

ETIKA PENTING DALAM BERDOATahukah anda apa erti doa yang sebenarnya? Doa merupakan permohonan atau pengharapan seseorang untuk mendapat kebaikkan daripada Allah SWT. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikkan diri, keluarga, sahabat serta sesama umat Islam. Yang sebenarnya setiap daripada kita mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing dan salah satu cara untuk mendapat semua itu adalah dengan memohon doa kepada Allah SWT supaya hajat itu dimakbulkan-NYA. Namun anda perlu tahu beberapa etika untuk berdoa agar setiap doa yang dipanjatkan itu lebih diberkati. Jom baca!ETIKA PENTING DALAM BERDOA















Pertama, permohonan doa tersebut hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak boleh menujukan doa kepada seseorang selain Allah, tidak boleh menujukan doa kepada seseorang bersama Allah. Doa merupakan salah satu urusan aqidah, maka hendaklah kita berhati-hati agar tidak melakukan syirik dalam rangka berdoa.

Kedua, permohonan doa hendaklah dengan hati yang sedar dan berharap. Usah berdoa dengan hati yang lalai, putus asa atau ragu-ragu. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah mengingatkan: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian meyakini ia akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3401/3479]

Oleh itu apabila seseorang berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosanya dan dia benar-benar berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa, maka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis qudsi di atas, Allah akan mengampuni dosa-dosa tersebut.Ingat anda, jangan berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah. Berdoalah kepada Allah sahaja agar dosa-dosa tersebut diampuni-Nya dan berharaplah agar Allah memakbulkan doa agar diampuni dosa-dosa tersebut. Jangan lupa juga ya, untuk selitkan doa iringan untuk kedua ibu bapa kita setiap kali anda menadahkan tangan untuk memohon doa dari-NYA.
Sumber: karangkraf. com

Rabu, 22 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh: 22 Jan 2014
Venue : Dewan SKPCT dan surau
Penceramah ; Ust Mohd Allnurul Huda ( Tahap 2)
                     Ustaz Roslan Abd Ghani ( Tahap 1)




Jumaat, 17 Januari 2014

SKPCT ANGELS...2013


Penyertaan terakhir pemain pemain hoki SKPCT ANGELS....ketika mewakli pasukan Tunas Harapan Negeri Terengganu ke pertandingan Hoki Antarabangsa USM di USM Pulau Pinang.

Ahad, 5 Januari 2014

Perhimpunan Kali Pertama 2014

Inilah Perhimpunan Mingguan kali pertama diadakan bagi sesi persekolahan 2014. Semua warga SKPCT mengalu-alukan semua murid untuk memeulakan sesi baharu. Semoga lebih banyak kejayaan akan ditempa pada tahun ini.















Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT KEMBALI DAN SELAMAT DATANG KE SKPCT......

Sesi pesekolahan untuk Tahun 2014 bermula pada 1.1.2014.... inilah suasana hari pertama persekolahan




























PENAFIAN : Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakanyang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.